Friday, October 28, 2011

Real Steel

21 oktober Real Steel jadi tontonan aku di City Square JB, cerita tu dari mula kluar mmg aku excited nk tgk sbb iklan pon dah gempak, mungkin ape pandangan aku pon mungkin sama seperti kaki2 wayang yang dah tgk cerita ni, cerita superb dan paling2 superb tahun ni, tak pernah lagi aku tgk cerita sehebat cerita ni.

Then dalam cerita ni pon peralatan yg digunakan mmg lah amat canggih, sampaikan phone ngan laptop dia tu pon teknologi canggih, tu lah kot rekaan masa akan dtg, tp xtaw lah tu hanya rekaan atau akan jadi kenyataan suatu hari nanti.

tak sia2 tiket hari tu RM12, pergi 4org, aku bersama 3 rakan lain (haziq abdul rahman, haziq bahar dan juga faka), haziq bahar lagi lah, siap tepuk tangan dlm tu bila perlawanan robot yg bernama ATOM tu menang...

bagi aku pelakon kecil comel tu pon pandai melakonkan watak cerita tu, mmg nice sangat lah kan. Cerita ni sesuai ditonton oleh semua lapisan masyarakat dan bagi golongan 18 tahun keatas sahaja, sbb amaran ni sempat aku ambil. haha... tp bagi aku cerita ni mmg best kanak2 pon boleh tonton, kompem tak tido nye.
tapi kalau pak cik makcik yang sakit jantung tak payah lah tengok.. buat terkejut je.

sapa yang belum pergi tengok, haha mmg rugi, beli DVD jelah...

Wednesday, October 12, 2011

Nilai Harga Kuih

suatu pagi yang hening,damai lagi menyamankan......
si A keluar untuk pergi kerja seperti biasa, biasanya si A pergi kerja tak berhenti lah beli sarapan
walaupun dia dah tau kat selekoh rumah dia ada peniaga kecil2 ni..
kene hari tu si A lapar sangat sebab tak makan malam semalamnya disebabkan tertidur awal..
lalu dia berhenti dan terus memilih kuih yang dia nak beli..

Peniaga :  ye dik, nk kuih ape?
A          : kak bagi pau rm1
Peniaga : (ambil plastik dan isi kuih satu demi satu dan dalam            
               masa yang sama si A mengira sekali)
A          : (sambil kira dalam hati... 1(nampak sedap) 2(laparnya perut)
               3(ok bayar)  4(aik aku akk ni dengar rm2 ke)
A          : (terus menerpa pada peniaga) Eh kak saya nk rm1 je.
Peniaga : ye lah dik rm1
A          : rm1 brape kak?
Peniaga  :rm1-4biji dik
A          : ada lagi orang jual kuih 4biji rm1, ingat dah musim 3biji rm1 then lepas ni 2biji rm1..
               hahaha jual pon dah mcm mael Upin&ipin dua seringgit3x

yang sebenarnya kuih rm1-4biji ni pon ada lagi untung dia... tak pasti lah kan bg kamu2 harga yang berpatutan berapa... tp kalau bg semua orang yang beli mestilah nak yang lagi banyak kuantiti tp harga murah...

Monday, October 10, 2011

A&W - All Amarican Food

sabtu lepas aku teringin lah kan nk makan A&W, maklumlah dah bertahun2 lamanya A&W ni tak da dalam pilihan hati nk makan
dek disebabkan KFC dan McD. kalau kat KL tu senang lah nk find, sekarang kat JB susah gila nk jumpa.

Tanya punya tanya ada lah kat dalam Jusco Bukit Indah, so ape lagi, kul 830mlm gerak, dengan jalan yang sesak, akhirnya sampai gak lah kat jusco jam 9.45pm.
Dah sampai tu jd mcm orang gila jap cari mana A&W, takut tutup nye pasal, dan alhamdulillah.. akhirnya dapat lah gak makan.

chicken grill burger+curly fries+air(float) gelas besar lagi tu. haha
tak cukup plak tu dak yg join aku tu oder ayam goreng. haha makan lagi..
kenyang gak lah mkn mlm tu..

rasa lepas ni A&W jelah aku lepak, KFC dan McD sorry, saya dah ubah pilihan...

Wednesday, October 5, 2011

Relax Music

setiap orang berbeza kalau nak release tention, so aku rasa bagi diri aku lah, kalau nk release tention kat tempat keje dengan karenah perangai staf yang berbeza-beza dan dengan bos yang pelik-pelik, lagu ni sesuai untuk aku.

mungkin sesetengah orang lain, dia suka dengar lagu yang hardcore bagi memecah suasana hening dan menyedapkan halua telinga. tp bagi aku, alunan rentak mcm ni dah sesuai nk bagi releks.. so tak de lah kerja baru umur 30 tahun nnt dapat penyakit dan mmg dilabel gila sepanjang hayat.

selamat menjamu selera dengan alunan rentak music ni.

Tuesday, October 4, 2011

Tutti Frutti


Sebut je pasal tutti frutti ni tekak rasa kering je, mesti rasa mcm nk makan aiskrim, tp tutti frutti ni aiskrim yg ada insur2 menjaga kesihatah gak lah, sebab kandungan dia yang rendah lemak, kurang gula, tinggi kalsium, sekali makan pasti nak lagi.
banyak gak lah perasa-perasa yang menarik, antara yang sempat dirasa ialah
strawberry+banana, kiwi+vanila, oreo, dan mcm2 lagi.. rasa spt nk makan lagi je walaupun sekarang musim hujan. dah ambil aiskrim ni kita leh letak plak dressing dia, mcm cornflakes ke oat ke, buah2, or mcm2 jenis topping yang kita nak, then akhir sekali mesti bayar..
bayaran dia ikut lah timbang ok. lagi berat lagi lah mahal, so lau nak jimat tu makan lah share, beli 1 makan berdua. barulah jimat+sihat.. selamat mencuba lah anda semua..

pstttt.. standby lah rm20 kalau ambil cup hijau.. hehe.. nk lagi mahal ambil cup merah.. kompem puas hati..

Saturday, October 1, 2011

Kamera

kali pertama aku kenal kamera nampak mcm senang (DSLR dowh).... guna auto boleh lah kan...
then bila aku tgk member2 semua guna manual aku pon mula lah nak belajar manual (time ni kepala otak ckp susah)
maklum lah kamera sendiri tak ada, guna pon kamera pinjam..
dan tiba lah suatu masa opis aku ada beli kamera DSLR nikon D5000 (baru and canggih masa tu untuk biginer)
dah beli kamera pon ape lagi cari lah kursus berkaitan dengan fotografi, serius aku ckp masa tu mmg susah aku susah nk faham
yang aku tau mcm ner nk setting S,A,dengan WB je, time tu ada lah ajar gak bab metering kat kamera.

balik dari kursus aku rasa belum cukup ilmu didada, pulak tu time tu ada event kat opis,
disebabkan aku yang pegang kamera dan aku yang dah pergi kursus, maka aku lah kene jadi jurugambar
masa tu ape jadi pon jadi lah, ambil jelah janji ada gambar, hehe
Balik dari kerja aku tanya dengan rakan aku yg memang sudah menceburi bidang fotografi ni (mase tu duk umah sewa).
dan member aku ni ajar lah sikit demi sedikit, dan ada juga aku belajar dari sifu-sifu yang lain...
dan daripada itu aku mula minat belajar mendalam mengenai kamera dan dunia fotografi ni...
(tp aku still belajar dan terus belajar)

Friday, September 30, 2011

Ah-Long Tak Sekolah

hahahahaha(gelak panjang aku dibuatnya) ni promosi ke saje nk tarik perhatian.
kalau dah ah-long tu ah-long lah juga, abg long pon tak terlayan dengan sikap ah-long ni,
bagi pinjam duit interest dia nak cakap munasabah tu tak berapa lah, seperti yang terpapar 3%-8% sebulan
seram pulak melihatnya, ni kalau tak mampu bayar ada yang macam2 kene kerat, mengalahkan orang mencuri pulak nak kene kerat2 ni..

Bukan pasal interest sangat yang aku nak cerita, tu kalau dah kaya, en.Ah-Long sila lah pergi kelas bahasa. sampai taip PINJAMAN ke PINJAMAM tu.. saya tak faham.. hahaha sekali lagi buat aku tak leh berhenti gelak... pon tak betul.. ape

so sape yang nak buat PINJAMAM boleh call no telefon yang terpapar tu..........